Piagam Pelanggan



Objektif PKG

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi pendidikan.
Mengumpul dan menyebar maklumat professional pendidikan khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti professional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
Menjadikan Pusat Kegiatan Guru sebagai Pusat Rujukan setempat dalam pelbagai bidang pendidikan.


Piagam Pelanggan

KAMI ANGGOTA PUSAT KEGIATAN GURU BAGAN DATOH BERIKRAR DENGAN PENUH ILTIZAM MENUMPUKAN TENAGA DAN USAHA UNTUK MEMENUHI HASRAT BERIKUT:
Memberi perkhidmatan yang sempurna, kemaskini, cekap, bersih dan amanah sepanjang menjalankan tugas.
Menyebar dan memperkembangkan program pendidikan berasaskan media dan teknologi dengan cepat dan penuh kesungguhan.
Bersedia memberikan khidmat bantu dan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan apabila diperlukan oleh komuniti.

Mengedar sebarang maklumat dan bahan-bahan berkaitan dengan teknologi pendidikan dan media dalam tempoh dua minggu selepas penerimaan.





No comments:

Post a Comment