Sejarah PKG

Dari segi sejarah, penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986, nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG telah dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengalak kekeliruan pada istilah “Daerah”, memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada Tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengikhtirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.


Berdasarkan pekeiling KP(PP)0050/126/1Jld.7(23) bertarikh pada 30.10.1995, mulai 01.01.1996 PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN sekarang dikenali dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.




No comments:

Post a Comment